TERMA DAN SYARAT
TERMA DAN SYARAT
Terma Pertama
i. Sekiranya anda ingin membuat sewaan kepada kami, anda sudah memahami dan menerima terma dan syarat yang telah diberikan oleh pihak kami.
ii. This Service only provide for Malaysian Only and for those able to speak bahasa malaysia fluently and no foreigner can used this service.
iii. Kami kami berkuasa untuk membuat perubahan atau penambahan pada terma, isi kandungan, harga di dalam laman sesawang ini tanpa notis
Terma Kedua : Sebelum melakukan penyewaan.
i. Dokumen perlu lengkap seperti yang dinyatakan di borang sewaan.
ii. Sekiranya anda mewakili mana-mana pihak untuk melakukan penyewaan, tanggungjawab adalah diatas nama penyewa sendiri.
iii. Penyewa wajib melakukan semakan pada kondisi barang sebelum menyewa. Pastikan barang berfungsi dengan baik sebelum menyewa untuk mengelakkan sebarang masalah.
iv. setiap peralatan yang disewa mungkin mempunyatai aturcara (setting) berlainan yang diubah kepada keselesaan penyewa sebelumnya.Jika tidak biasa dengan aturcara yang sedang digunakan, pastikan memahami aturcara terlebih dahulu dan buat perubahan pada aturcara di peralatan sebelum menggunakan untuk tujuan sebenar.Kami tidak akan memberi gantirugi sekiranya berlaku masalah disebabkan hal berkaitan aturcara tidak betul.
Terma Keempat : Sewaktu penyewaan
i. Di dalam tempoh penyewaan, setiap penyewa wajib bertanggungjawab menjaga item disewa dengan cermat.
ii. Sebarang kecuaian yang menyebabkan kerosakan adalah tanggungjawab penyewa, dan penyewa bersedia untuk membayar segala kos/gantirugi jika berlaku kerosakan.
iii. Tambahan cas akan dikenakan jika terdapat tambahan calar kasar atau tahap guna tinggi berbanding kondisi asal.
iv. Kami akan sedaya upaya untuk menyediakan peralatan dengan keadaan terbaik dan benas masalah. Namun jika berlaku sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung segala kerugian atau kos berkaitan jika peralatan yang disewa rosak (secara semualjadi) ketika tempoh menyewa. Sebaliknya, kami juga tidak akan mengenakan sebarang cas (jika rosak semulajadi sahaja, bukan kecuaian).
Terma kelima: Kiraan Hari
i. Pengambilan/pemulangan adalah wajib mengikut waktu sebenar.
ii. Kiraan berdasarkan 1 hari persamaan dengan 24 jam.
iii. Contoh sekiranya anda mengambil pada 12 tgh hari,anda perlu hantar keesokan harinya untuk kiraan 1 hari,jika berlaku kelewatan cas bersamaan 1 hari dikenakan.
Terma Keenam : Bayaran dan Cagaran
i. Bayaran penuh hendaklah selesai semasa mengambil barang sahaja.
ii. Perlu membuat pembayaran secara tunai sahaja.
iii. Bayaran dalam bentuk lain sama ada Instant Transfer,Giro Transfer, Cek , Kad Kredit atau dengan membawa maksud hutang atau bayaran kemudian tidak diterima.
iv. Asasnya tiada bayaran cagaran diperlukan jika sewaan beserta dokumen lengkap untuk penggunaan normal, Namun jika barangan sewaan terlalu banyak dan berisiko tinggi, dokumen lengkap melebihi 1 orang atau cagaran tambahan diperlukan terutamanya melibatkan urusan saat-saat akhir atau segera/kelam kabut.
Terma Ketujuh: Tempahan Tarikh
i. Kami melakukan polisi tempahan tarikh beserta dengan bayaran sahaja.
ii. Jika hendak melakukan tempahan tarikh, sila buat pembayaran sekurang-kurangkan 50% harga sebawaan atau bayaran penuh, sama ada melalui pindahan bank atau tunai untuk 2 jam selepas persetujuaan dan baki sewa semasa pengambilan.
iii. Tempahan tarikh tanpa sebarang pembayaran tidak akan diterima.
iv. Kami berhak untuk menyewakannya kepada pelanggan yang terlebih dahulu membuat pembayaran tanpa peringatan.
Terma Kelapan: Pembatalan
i. Deposit tempahan tarikh dalam Terma Ketujuh tidak akan dipulangkan jika berlaku pembatalan tetapi nilai yang sama boleh digunakan untuk sewaan akan datang dalam tempoh satu bulan selepas pembatalan. Jika tiada sewaan pada tempoh tersebut, deposit akan dilupuskan
ii.Setelah barangan diserahkan, pelanggan telah tahu bahawa segala kos dan risiko sudah bermula untuk pihak kami. Bayaran sewaan tidak akan dikembalikan walaupun tidak digunakan atau dipulangkan awal dari tempoh sewa sebenar.
Terma Kesembilan: Kelewatan
i. Untuk menjamin urusniaga yang lancar antara pelanggan dan kami, serta pelanggan lain, kelewatan adalah tidak dibenarkan.
ii. Jika ada kelewatan yang tidak disengajakan, sila hubungi kami terlebih dahulu untun perbincangan
iii. Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab munasabah akan dicas tambahan mengikut kadar 2 ganda harga sewaan asal.
iv. jika berlaku kelewatan selama 12 jam tanpa sebarang maklumbalas,kami akan mengklasifikasikannya sebagai kes curi
Terma Kesepuluh: Maklumat Peribadi
i. Segala maklumat peribadi adalah sulit/rahsia kecuali berlaku kes penipuan atau tidak bertanggungjawab dari pihak penyewa.
ii. Jika enggan bekerjasama memberi maklumat yang diperlukan untuk menyewa, kami berhak menolak untuk meneruskan urusniaga tanpa sebarang maklumbalas.
Terma Kesebelas : Tuntutan gantirugi
i. Kami berhak menggunakan maklumat peribadi yang ada untuk tujuan tuntutan kes atau kerugian di laman facebook, blog atau sebagainya.
ii. Peringatan akan diberi sebelum disenarai hitam. Jika gagal memberi kerjasama yang baik nama akan dimasukkan ke dalam list blacklist di website kami.
Terma Keduabelas : Pelanggan Ulangan
i. Sewaan seterusnya dari pelanggan yang sama dianggap memahami segala syarat dan terma.
Terma Ketigabelas: Pengambilan dan penghantaran
i. Untuk memberikan harga sewaan yang berpatutan dan berdaya saing, lokasi pengambilan dan penghantaran adalah di Majlis Bandaraya Ipoh sahaja.
ii. Tiada servis penghantaran/pemulangan disediakan secara percuma.
iii. Permintaan untuk penghantaran/pemulangan seluruh Ipoh boleh dipertimbangkan dengan waktu dan keadaan semasa beserta cas runner RM30. Cas runner perlu dibayar dahulu sebelum sebarang penghantaran.
Comments
Post a Comment